Contohnya, tadi.
"Mak I suka tanam pokok sana-sini. Heish. Lepas tu suka nak paksa-paksa buat kerja buruh angkat pasu 5 kg. Kalau upah takpa la. (badan masih dibawah selimut. mata separuh buka)"
Tapi bila ditengok betul-betul, Sufi tiada dalam bilik.
10 saat berlalu, dan aku ketakutan dengan diri sendiri dalam gelap, tak sangka aku boleh mencapai tahap mengarut yang sebegitu handal.
Sumpah aku tak tipu. Insiden ini betul-betul berlaku.
Dan mak aku memang suka 'gardening' dan mungkin juga sengaja pilih hobi itu sebab nak suruh anak-anak dia angkat pasu 5 kg. (Anak-anak saya terlalu malas, katanya, selalu melihat televisyen dan makan sahaja.)
Sekarang, badan aku sangat lenguh dan perut sedang melalak kelaparan. Perasaan mahu menjejakkan kaki ke luar untuk udara Manshiah walaupun berdebu dan kurang enak terlintas di hati, tetapi bila ditenung balik, langkah ke pintu depan terlalu jauh pula. Lantas aku terus membuka blog aku.
Facebook sudah dibuka 38 kali hari ini. Tak sopan kalau dibuka lagi.
Petang tadi, aku dan teman-teman rumah pergi ke Shatby untuk meninjau rumah senior yang bakal menjadi kosong, sebagai calon kediaman kami untuk tahun hadapan.
Sangat susah nak mencari satu rumah yang kena dengan 4 biji hati kami ini.
Atau dalam bahasa yang lagi senang, gedik nak rumah best-best sahaja.
Luqman yang carikan rumah Shatby ini, baik kan dia?
Mahu atau tak rumah itu, aku pun tak pasti. Tapi aku rasa
Aku nampak laut biru berkilau-kilau di bawah matahari, kaki mula gatal nak berlari-lari ke arahnya dan terjun kepala dulu dengan selipar jepun sekali.
Tapi kena lintas jalan, terus tak jadi.
Pulang dari Shatby, aku berselisih jalan dengan 2 orang budak perempuan yang berumur mungkin dalam lingkungan 10-14 tahun. Mata aku terbeliak melihat pakaian mereka.
Rambut panjang kerinting ala-ala Maggi Ruski, baju lengan pendek dan mini skirt berwarna hot pink yang sememangnya mengundang untuk diraba. Senyuman mereka pula angkuh apabila menyedari aku sedang memandang mereka. Mungkin mereka fikir aku kagum dengan mereka. (bajet ah)
Ni bukan era Siti Sifir dah. Sekarang era kegemilangan Miley Cirus.
Tergelak aku keseorangan di atas tangga.
Aku kasihan mereka, sebenarnya. Masa seperti bergerak terlalu laju, memaksa mereka berlari untuk tidak ketinggalan. Dan berlari ketika memakai mini skirt adalah pergerakan yang sangat bahaya dan bodoh. Mahu sahaja aku menjerit, "Pegi balik main Tora la!"
"Sometimes I feel like my little sister is growing up too fast. She asked me what's a penis last night. Umur baru 7 tahun."
Aku teringat rakanku meluahkan perasaannya setahun lalu, dengan muka penuh ketat dan asap rokok berterbangan di sekelilingnya. Aku hanya mampu memandang.
Aku juga teringat satu ketika aku sedang melepak bersama rakan-rakanku di kedai mamak sekitar Ampang. Sedang aku menikmati teh limau ais dan ayam tandoori, kelihatan sekumpulan kanak-kanak perempuan, tak mungkin lagi tua dari Darjah 5, tergelak-gelak pontianak di tepi jalan dengan gaya mabuk tak ingat dunia. Aku tarik tangan rakanku, lihat jam tangannya; tepat jam 2 pagi.
Aku menjerit, "Woi mak kau dah call polis la woi! Balik la budak hingusan!"
Dengan selamba anak badak salah seorang daripada mereka menjerit balik, "Babi kau."
Kalau ya pun, tunggulah hingga umur mencecah 17 tahun macam aku, cari kawan-kawan yang separuh tak senonoh, separuh normal yang tak akan memalukan kamu, pakai baju bukan dari pasar malam hari Selasa dan Jumaat, barulah berjalan-jalan pagi-pagi buta.
Aku berharap anak-anak buah aku di Malaysia tidak seperti mereka.
Nanti mak aku telefon, aku akan bertanya khabar mereka.
Hari ini, jiwa aku dikacau oleh tabiat manusia yang memang sama di mana-mana.
Aku akui aku ini pelik. Kadang-kadang kurang normal dan sopan. Pakaian bukan baju kurung, tak memakai tudung, muka garang dan susah nak senyum, tapi tak bermakna sesiapa mempunyai hak untuk membuat andaian bukan-bukan.
Mak bapak aku baik, rakan-rakan aku bukan golongan penjahat/penyangak, dan aku sememangnya bukan jahat. Nakal, mungkin tapi aku tak akan buat benda salah dengan sengaja.
Lagi, mulut aku ini memang senang nak meminta maaf jika aku sedar aku membuat salah.
Tolong la (nada bitchy bukan meminta), nak pandang-pandang dengan tajam pun, nak kutuk-kutuk pun (nasihat pun boleh), buatlah depan muka aku bukan belakang atau tepi atau bawah atau atas.
Kenal aku pun tidak.
Aku tak marah pun. Penat sahaja.
Ingat senang nak menjadi warna merah dalam kumpulan warna kuning mustard ?
"She was enraged, by the way,
That the emperor put traps in the cage,
And the days, she deemed dull,
Leads to nights reading beer bottles.
You're such a fugitive
but you don't know what you're running from."
-Old Yellow Bricks, Arctic Monkeys.
Niat sebenar mahu menampal lirik lagu ni sepenuhnya, tapi aku rasa blog ini sudah cukup panjang. Meleret pula nanti.That the emperor put traps in the cage,
And the days, she deemed dull,
Leads to nights reading beer bottles.
You're such a fugitive
but you don't know what you're running from."
-Old Yellow Bricks, Arctic Monkeys.
I've been reading many Malay blogs lately. I thought I'd give it a try.
Kudos to Kak Nisa for translating 'disoriented' for me.
ikan.
Current mood: lapar.
Listening to: Be Mine.
5 comments:
alallalla...
ika so cute...
terharu i...
u actually wrote my name in ur 1st whole-really-LONG-maly post...
gd job gurl...
:)
oweh sufi.
hahahahah. tu jugak yg nak dikomenkan. :D
peniru!! mentang2 saya juga telah me-melayukan blog saya.
masya'allah dari saya tiru awak, baik saya masuk hutan cari katak pisang.
You didn't tell me Malay belongs to you.
PERASAN lah kenit. but whatever keeps you happy. PFTTTTTTT.
Post a Comment